Isteri adalah insan yang luar biasa. Kemampuan mereka jauh lebih hebat berbanding apa yang anda bayangkan selama ini. Mereka layak digelar SUPERMOM. Tapi, ada masa mereka juga terasa penat, kusut, burnout dan emosi terganggu dengan pelbagai faktor.
Nak jadi SUPERMOM all the time tak mudah. Terlampau memenatkan kalau sebagai suami, anda meletakkan kesemua tugasan di atas bahu seorang isteri.
Oleh itu, jika anda melihat isteri anda sering nak marah, sensitif, kusut dan bertindak mengikut emosi. Anda wajib lakukan sesuatu supaya ianya tidak melarat sampai ke perkara yang lain, yang boleh menggangu keseluruhan ekosistem dalam rumahtangga anda berdua.
6 TIPS PUJUK ISTERI SECARA INSTANT:
1. Bantu isteri
Kalau anda rasa anda dah lama tak bantu isteri dalam urusan kerja rumah yang sememangnya merupakan tanggungjawab penuh suami. Mohon bantu isteri segera!
Permudahkan urusan seorang isteri. Pikul sekali segala bebanan yang dirasai olehnya dengan hati yang penuh ikhlas dan kasih-sayang.
2. Biarlah isteri ‘me-time’
Suami boleh ambil alih sebentar tugas isteri dan berikan ruang kepada isteri anda ‘me-time’. Izinkan mereka buat apa yang mereka suka/apa aktiviti yang mereka dah lama tak buat asalkan tidak membatasi syariat Islam.
3. Ambil hati isteri
Belajar untuk pandai mengambil hati isteri dengan belanja walaupun tak mahal, buat kejutan walaupun tak mewah dan hiburkan hati isteri mengikut kemampuan anda.
Saya faham, mungkin dengan komitmen masing-masing, anda dah lama tak meluangkan masa bersama seperti makan di luar, jalan-jalan bersama. Jadi, cari masa dan ruang untuk anda ‘dating’ bersama.
4. Pendengar yang baik & setia
Pasti isteri anda suka jika anda sudi untuk menjadi pendengar yang baik dan setia. Isteri sifatnya suka meluah. Maka, jadilah suami yang pandai untuk menjadi pendengar yang setia. Kadangkala isteri tak mengharap pun respon atau solusi, janji dengar dengan penuh perhatian dan keikhlasan. Cukup.
5. Jangan sakitkan hati isteri
Kalau isteri anda seorang yang baik dan setia. Tak pernah langsung buat hal yang tak munasabah sepanjang mendirikan rumahtangga bersama anda. Maka, jangan sesekali anda sakitkan hati isteri. Jangan sesekali ada niat untuk curang di belakang mahupun di depannya.
Terutama sekali jika anda dan isteri sering LDR atas faktor urusan kerja dll. Kuasa kepercayaan dan kesetiaan itu sangat penting antara anda dan isteri.
6. Ajar pergi ‘grounding’/outdoor activity
Kebiasaan anda dengar teknik ‘grounding’ ni hanya untuk kanak-kanak. Kan?
Tapi, walaupun anda dan isteri sudah dewas. Kadangkala aktiviti ‘grounding’ atau boleh juga dipanggil dengan bahasa mudah, aktiviti yang melibatkan alam ini mampu meredakan rasa stress, burnout dan penat.
Dan ia mampu menjadikan diri anda dan isteri lebih mudah untuk rasa tenang dan rilex daripada segala kekusutan yang dialami selama ini.
Inilah 6 tips instant untuk anda bantu isteri yang mengalami masalah stress dan burnout.
Cara ini juga mampu membantu isteri anda happy semula, dan bila isteri happy, keluarga pun bahagian.
Semoga bermanfaat.
p/s: Para suami, cuba komen di bawah apa tips yang anda selalu buat untuk pastikan isteri anda happy dan tenang sentiasa?