Setiap manusia perlu mementingkan kesihatan mental yang sihat agar dirinya dapat menjalani kehidupan yang baik setiap masa.
Jika anda bercakap mengenai ujian dan cabaran dalam kehidupan. Semua orang mempunyai ujian dan cabaran hidup tersebut lebih-lebih lagi di bulan berpuasa. Tetapi, yang menentukan anda seorang yang berjaya dalam menempuh ujian dan cabaran tersebut adalah dengan cara bagaimana anda memberikan reaksi dan mengawal perkara tersebut.
7 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL KETIKA BERPUASA YANG BOLEH DIAMALKAN
#1 Jaga pemakanan sewaktu bersahur dan berbuka puasa

Pemakanan merupakan elemen penting dalam memastikan kesihatan mental anda sentiasa dalam keadaan yang stabil sepanjang hari berpuasa.
Jika anda tak ambil pengambilan makanan dengan cara yang betul dan secukupnya, berkemungkinan anda boleh mengalami masalah lesu, penat, stress atau moody sepanjang hari berpuasa kerana bekalan tenaga tidak dapat dengan sepenuhnya di dalam badan.
Makanlah makanan yang berkhasiat secara seimbang agar dapat membantu diri anda sihat dari segi kesihatan fizikal dan mental sepanjang bulan berpuasa.
#2 Sediakan masa bersama keluarga/kawan-kawan
Kebiasaanya bulan puasa adalah bulan yang terbaik untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dan kawan-kawan di waktu bersahur dan berbuka puasa.
Dengan cara ini, ia boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah sesama anda serta meningkatkan hormon baik dalam diri.
#3 Hindarkan segala negativiti
Di bulan puasa, ramai orang akan meluangkan masa dengan skrin telefon kerana dengan cara itu sebenarnya anda takkan sedar dengan lamanya masa dsb.
Tetapi, menghadap skrin dengan lebih lama boleh meningkatkan aura negatif dan drama di luar sana kepada diri anda dan memberi kesan yang ketara di badan. Anda akan lebih mudah untuk rasa lesu, penat dan malas untuk jadi lebih produktif di bulan puasa. Ini juga boleh jadi antara punca mengurangkan kecerdasan kesihatan mental.
#4 Pengurusan masa yang baik

Pengurusan masa yang baik dapat membantu anda menyeimbangkan masa untuk aktiviti rohani, fizikal serta mental di kala bulan puasa.
Dengan keseimbangan aktiviti ini secara tak langsung, kehidupan akan menjadi lebih produktif dan lebih berfokus.
#5 Lakukan aktiviti outdoor
Bulan puasa bukan penghalang untuk anda kekal aktif dengan melakukan aktiviti cergas ‘outdoor’.
Jadi, pastikan anda melakukan juga aktiviti outdoor di luar rumah serta menikmati suasana cahaya matahari di pagi hari agar dapat mengurankang rasa stress dan depresi melalui sentuhan alam semulajadi di luar rumah.
#6 Cipta hobi/passion
Saya percaya setiap orang akan ada spesifik hobi yang mereka suka lakukan dikala waktu lapang. Begitu di waktu bulan puasa, daripada anda sekadar duduk kosong menanti waktu berbuka, lebih baik anda fokus explore dan dapatkan sesuatu perkara baru daripada hobi atau passion tersebut.
Selain meningkatkatkan lagi rasa self-LURV dalam diri, ia juga membantu dalam meningkatkan tahap kreativiti pada diri masing-masing.
#7 Latih diri hidup lebih tenang

Manusia takkan lari dari sifat ingin marah jika ada sesuatu perkara yang trigger diri mereka.
Saya pasti, di bulan puasa, makin ramai yang akan diuji sifat marahnya dengan any perkara yang akan berlaku dan yang tidak dijangka.
Oleh itu, daripada membuatkan puasa anda sia-sia serta demi menjaga kesihatan mental sendiri, ia lebih baik untuk anda menjadi seseorang yang lebih tenang. Latih diri dengan mengawal pernafasan, berdiam dan alihkan emosi anda tersebut dengan aktiviti yang dapat meredakan kemarahan seperti tidur sekejap.
Inilah 7 tips untuk kekalkan kesihatan mental dengan baik di bulan puasa yang penuh dengan keberkatan. Insya-Allah.
Semoga bemanfaat.
Jika anda berminat, anda juga dialu-alukan untuk sertai komuniti LURV kami – Instagram, TiktTok & Telegram.
Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu tentang kesihatan mental wanita serta kita boleh berdiskusi bersama mengenai tips/informasi terkini yang berkaitan.
Tidak lupa juga jika anda ingin sertai kami di Facebook, hanya tekan di sini.
Semoga bermanfaat dan terima kasih.