Aktiviti suri rumah di rumah

Tingkatkan Kesihatan Mental Suri Rumah Dengan 6 Aktiviti Ini

 

Hakikat seorang suri rumah sebenarnya mereka tak ada had masa, tak ada waktu berhenti dan tak ada gaji yang lumayan mereka akan terima setiap bulan.

 

Malah, kerja rumah di rumah takkan pernah habis. Bertambah kerja apabila mereka ada anak-anak yang perlu dijaga setiap hari. Sebagai suri rumah mereka takkan pernah mengeluh dengan segala komitmen yang mereka ada kerana mereka faham inilah realiti tanggungjawab yang mereka perlu lakukan sehabis baik.

Suri rumah lakukan kerja rumah

Tapi, diri anda yang melihat mereka terutama sekali jika anda merupakan suaminya, mereka wajib sokong dan berilah bantuan kepada mereka walaupun tidak diminta.

 

Bagi golongan suri rumah yang sedang membaca perkongsian ini, terdapat 6 cadangan aktiviti yang anda boleh lakukan demi menjaga kesihatan mental dan fizikal.

 

6 AKTIVITI SIMPLE YANG BOLEH BANTU SURI RUMAH KEMBALI HAPPY DAN RASA BERSEMANGAT

#1 Me-time tanpa suami & anak-anak di sisi

Anda wajib menyediakan satu masa untuk anda spend time bersama diri anda sahaja. Mungkin anda boleh dapatkan masa ini apabila hujung minggu atau di kala hari lahir anda.

 

Suami anda pasti akan memahami jika anda berbincang dan meluahkan hasrat anda tentang aktiviti ini. Percayalah! Bila anda rasa happy dengan healing me-time seperti ini, anda juga akan lebih mudah untuk meneruskan kehidupan pada hari hari yang seterusnya, tanpa emosi dan mood yang negatif.

 

#2 Meditasi 2-3 kali seminggu

Meditasi dan berhenti sekejap dari melakukan tugasan harian

Sediakan satu masa untuk anda lakukan meditasi di rumah. Dengan cara ini juga anda akan belajar untuk kawal pernafasan, emosi dan fikiran. Juga, anda akan lebih mudah untuk fokus dalam melakukan aktiviti harian sebagai seorang suri rumah

 

#3 Lakukan senaman di dalam rumah bersama pasangan & anak-anak

 

Tak perlu senaman yang berat dan complicated. Cukup sekadar memulakan senaman yang ringan dan ringkas secara konsisten sahaja.

 

Dengan pergerakan badan ini, ia membantu badan anda rasa lebih selesa dan cergas. Selepas itu, ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah ke seluruh badan termasuk ke seluruh sistem otak dan menghasilkan hormon serotonin yang mampu melegakan diri daripada rasa murung, lesu dan letih.

 

#4 Sertai komuniti suri rumah yang sihat

Komunit suri rumah bersama

Walaupun anda rasa anda keseorangan di rumah, sebenarnya ada tips bagaimana anda nak tambahkan komuniti atau kenalan yang positif di sekeliling anda dengan cara alam maya.

 

Cadangan saya, anda boleh sertai group di Facebook, Telegram, Whatsapp yang terdiri daripada group suri rumah atau group yang selalu berkongsi mengenai mental health, group sharing tentang luahan hati suri rumah dsb.

 

Anda boleh juga mengikuti beberapa komuniti di sini untuk anda dapatkan info tentang tips dan aura positif mengenai healing, mental heath dll, tekan di sini.

 

Mental health sharing by LURV —-> sertai di sini.

 

#5 Amalkan Zikir Fatimah

 

Amalan ini adalah khas untuk anda mengurangkan kepenatan dalam mengurus hal rumah tangga.

Zikir Fatimah

Sambil memasak, membasuh, mengemas dan layan anak-anak di rumah, anda boleh amalkan sepanjang hari. Insya-Allah, Allah berikan ketenangan dan kemudahan serta pahala yang berkat disisi-Nya.

 

Pekerjaan suri rumah adalah antara pekerjaan yang mulia tau!

 

#6 Exploring new things/passion

Explore new things

Setiap orang pasti ada impian dan aktiviti kegemaran yang mereka suka lakukan jika waktu lapang begitu juga dengan suri rumah di rumah.

 

Dan dengan teknologi dunia yang semakin canggih, sebagai suri rumah anda masih boleh meneruskan hobi/passion anda secara alam maya. Boleh explore di YouTube, kelas percuma, kelas berbayar dan banyak lagi saluran untuk anda kembangkan ilmu walaupun anda berada di rumah.

 

Di rumah menjadi seorang suri rumah dan melakukan hampir aktiviti yang sama setiap hari sangatlah mencabar kerana boleh jadi ianya sangat membosankan. Tetapi, sebagai suri rumah yang bijak dalam mengawal kesihatan fizikal dan mental…

 

Anda harus membuat perancangan dalam membina rutin yang khusus dan seimbang antara pengurusan rumah, keluarga dan diri sendiri di rumah.

 

Jika anda berminat untuk bersama dalam komuniti LURV kami, anda juga dialu-alukan untuk sertai kami di sini– InstagramTiktTok & Telegram.

 

Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu dan tips tentang kesihatan mental #mentalawarenesssharing

 

Semoga bermanfaat.