Tanda-tanda penderaan mental

Tanda-tanda Seseorang Sedang Mengalami Penderaan Mental

Penderaan mental sesuatu kesakitan yang tidak dapat dilihat secara kasar seperti penderaan fizikal. Namun, penderaan mental ini antara isu yang semakin perlu dititik beratkan oleh semua masyarakat kerana ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tidak kira lelaki mahupun wanita, tidak kira muda dan tua.

 

Macam mana penderaan mental ini boleh berlaku?  

 

Ia boleh berlaku atas beberapa faktor. Antaranya disebabkan faktor keluarga, pekerjaan, rupa paras fizikal, masa silam dan lain-lain.   Berkemungkinan pada awal dari penderaan mental ini, individu yang menjadi mangsa tidak akan nampak kesan buruknya, tetapi jika ia berlarutan dan tidak dikawal, ia boleh menyebabkan individu iaitu mangsa kepada penderaan mental ini akan bertindak di luar kawalan yang membawa kepada kemurungan dan tekanan emosi. Jika tekanan emosi itu semakin tidak dikawal, ia boleh mendorong kepada keputusan untuk menyakitkan diri sendiri dan membunuh diri.  

 

Oleh sebab itu, jika anda mempunyai tanda-tanda ke arah penderaan mental atau anda mengetahui seseorang sedang mengalami penderaan mental, anda disarankan untuk rujuk pakar atau menghubungi Talian Kasih 15999 untuk khidmat bantuan segera (Sumber: Public Health Malaysia)  

 

SESEORANG YANG DIDERA SECARA MENTAL AKAN…

Rasa sentiasa takut tanpa sebab

#1 Sentiasa meminta maaf sebab mereka selalu dikritik dan dimarahi

#2 Menyembunyikan perasaan mereka sebab mereka selalu dipersalahkan atas apa saja sebab

#3 Rasa down bila ada pertelingkahan kecil sebab akan teringat kisah lama pendera yang marah tanpa sebab

#4 Perlukan orang untuk mententeram sebab mereka dah biasa dikatakan sebagai tidak cukup bagus

#5 Mudah sebak & menangis dalam perbalahan kecil sebab mereka sangat sensitif

#6 Sukar untuk bertenang, mudah rasa takut tanpa sebab dan perlu diyakinkan berulang kali kerana mereka sudah hilang keyakinan dalam diri  

(Sumber: Public Health Malaysia)  

 

Jika anda suri rumah, jom ketahui lebih lanjut cara untuk tingkatkan kesihatan mental di rumah.

 

ANTARA PUNCA TERJADI PENDERAAN MENTAL:

Punca penderaan mental

  • Berlaku situasi dimana mereka pernah diasingkan, dipulaukan dan disisihkan secara sengaja ataupun secara tidak sedar dalam satu kumpulan/komuniti
  • Menerima ejekan fizikal/latar belakang dan boleh terjadi kerana dipanggil dengan nama yang tidak elok
  • Menghina keperibadian dan maruah
  • Menerima sindiran yang mengaibkan
  • Sering menerima ungkapan yang menyakitkan
  • Difitnah dengan tuduhan palsu
  • Menjadi mangsa buli emosi

 

Mungkin kalau sebelum ni kita rasa penderaan fizikal seperti menjadi mangsa pukul, tumbuk dan buli adalah salah satu penderaan yang sangat teruk. Namun, penderaan mental juga adalah salah satu aktiviti yang tidak patut kita lupakan kerana penderaan ini berlaku secara senyap dan kesannya boleh mendorong kepada sesuatu perkara yang di luar dari jangkaan.  

 

Penderaan mental ini sangat bahaya! PERLU DIBANTERAS!!  

Dan kepada mangsa penderaan mental, sila dapatkan rawatan kepada pakar di hospital berdekatan.

 

“You are worthy. You matter”
 

Semoga bermanfaat. Thank you!  

 

[Berminat untuk bersama komuniti LURV yang mementingkan penjagaan kesihatan mental? Ikuti kami di sini Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram]