Women empowerment

Kesedaran untuk bertindak dalam memperkasakan wanita

Ada apa dengan 25 November bagi setiap tahun?

Sebenarnya bermula dari tahun 1999 sehingga hari ini, tarikh istimewa iaitu 25 November ini merupakan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (International day for Elimination of Violence Against Women – EVAW) di seluruh dunia.

Ini termasuk juga negara Malaysia yang turut menyahut solidariti kepada kempen ini di bawah Kementerian Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM).

Apa simbolik wanita bagi anda? (cuba anda fikirkan…)

Simbolik wanita adalah kasih sayang dan cinta

Darjat wanita sangat mulia. Mereka adalah antara insan istimewa yang perlu anda sayangi, hargai dan lindungi.

Dalam konteks wanita yang dimaksudkan di sini sangat besar rangkumannya kerana ia terdiri daripada golongan ibu, isteri, kanak-kanak perempuan, nenek, mak cik, auntie dan kawan-kawan perempuan.

Selari dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr RA, Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”‏  (Riwayat Muslim, No 715).

Apabila anda melihat maksud wanita dalam konteks agama, darjat wanita ini tinggi dan mulia.

Wanita perlu menjaga akhlak dengan baik dengan mematuhi suruhan agama. Tetapi, apa fungsi diri anda untuk memastikan mereka berada dalam akhlak yang baik secara mental dan fizikal?

Ia bermula dengan sokongan anda terhadap wanita tersebut dan jauhi daripada sebarang keganasan terhadap mereka.

Ia akan menjadi satu kesalahan yang sangat berat jika anda melakukan sebarang keganasan terhadap wanita kerana perlakuan tersebut merupakan salah satu aktiviti yang telah melanggar hak asasi di peringkat global.

Hukuman kepada pesalah yang ingin membuatkan keganasan terhadap wanita

Anda boleh melihat sendiri sampai sekarang, masih ada lagi isu keganasan terhadap wanita dan kebiasaanya ia terjadi kepada golongan seperti ini;

  • Wanita yang berada dalam kehidupan miskin dan tiada latar belakang pendidikan
  • Wanita daripada kumpulan minoriti, pendatang mahupun tebusan
  • Wanita dalam tahanan
  • Wanita yang berkelainan upaya/cacat
  • Wanita yang sudah berusia
  • Wania yang hanya bergelar suri rumah
  • Kanak-kanak perempuan

Mungkin selepas anda membaca satu per satu senarai di atas tersebut, anda mendapati keganasan yang telah berlaku selama ini tidak wajar terjadi kerana wanita dalam kategori tersebut merupakan wanita yang lemah sama ada fizikal/mental.

Dan sepatutnya dilindungi, disayangi dan dijaga rapi. Tapi, itulah realiti sebenar pada hari ini lebih-lebih lagi dalam isu keganasan terhadap wanita dalam masalah rumah tangga.

Menurut sumber Selangor Kini yang dikemaskini pada 21 Nov 2023, terdapat lebih 4,000 kes keganasan rumah tangga dalam tempoh 3 tahun bermula tahun 2020. Semestinya dalam 4,000 kes tersebut telah melibatkan kaum wanita dan ada antara kes tersebut yang telah melibatkan kes kematian.

Oleh itu, bersempena dengan kempen ini, sebagai rakyat Malaysia tidak kira lelaki mahupun wanita, anda wajib menghormati wanita, menghargai wanita seterusnya memperkasakan mereka dalam kehidupan harian.

Keganasan terhadap wanita mengakibatkan kesan buruk yang serius terhadap kesihatan, iaitu:

Stress dengan semua faktor rumah tangga

#1 Tekanan perasaan dan trauma

#2 Kesan ekonomi akibat keganasan rumah tangga

#3 Kehamilan tidak diingini seterusnya risiko mengugurkan kandungan

#4 Kecederaan akibat penderaan fizikal

#5 Penyalahgunaan dadah, ketagihan terhadap rokok & alkohol

#6 Penyakit seksual berjangkit termasuk HIV

#7 Kematian

Contoh keganasan terhadap wanita yang kerap berlaku di Malaysia:

Suami berani melakukan keganasan terhadap isteri
  • Rogol
  • Ganguan seksual
  • Keganasan rumah tangga
  • Ragut/samun
  • Pedophilia terhadap kanak-kanak perempuan
  • Penderaan mental dan fizikal
  • Penyalahgunaan pekerja wanita

Dan disebabkan itu juga, amat penting anda mengambil inisiatif dalam memberikan sokongan kepada wanita yang pernah/sedang mengalami masalah keganasan bagi membantu mereka dalam perlindungan diri dan proses penyembuhan dari segi kesihatan fizikal, mental dan trauma yang lepas.

Terdapat 6 Organisasi yang memperkasakan wanita di Malaysia (sumber:website Wiki Impact):

Memperkasakan wanita di seluruh dunia

#1 Ibupreneur: satu perusahaan sosial yang berfungsi sebagai platform untuk suri rumah menjana pendapatan dengan menjual makanan seperti pastri, kek dan sebagainya.

#2 Women of Will (WOW): satu pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan mengubah kehidupan wanita yang menghadapi masalah ekonomi melalui pembiayan mikro-kredit dan program keusahawanan.

#3 PurpleLily: satu pertubuhan bukan kerajaan yang mendedikasikan tujuan dan matlamat mereka untuk memperkasakan wanita melalui latihan kemahiran hidup dan pendidikan kewangan.

#4 Bulan Sisters: kempen yang dipimpin oleh sekumpulan belia bertujuan untuk memperkasakan wanita dengan mengatasi kesan akibat ‘period poverty’.

#5 Girs4Girls Malaysia (G4G Malaysia): salah satu daripada 24 bab Project Girls for Girls global yang mana merupakan sebuah NGO yang memperkasakan wanita melalui pembinaan keberanian, visi dan kemahiran untuk mencuba jawatan sebagai pemimpin dalam masyarakat.

#6 Woman For Refugees (WFR): pertubuhan yang tidak memetingkan keuntungan yang berusaha untuk memperkasakan pelarian wanita dari komuniti marginilasasi melalui program literasi dan pembinaan kapasiti.

Jadi, menyahut kempen 25 Nov ini, marilah kita bersama-sama bersolidariti kepada Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dengan memakai pakaian oren.

Poster Hentikan Keganasan Terhadap Wanita

Jangan lupa tau hashtag #Hentikankeganasanterhadapwanita #EVAW #orangetheworld bila anda OOTD pada 25hb ni.

Btw, adakah anda sejenis yang suka dengan wangian? Jika YA, tekan di sini.

Lilin wangi LURV - Sweet Heart

Jika anda berminat, anda juga dialu-alukan untuk sertai komuniti LURV kami – InstagramTiktTok & Telegram.

Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu tentang kesihatan mental wanita serta kita boleh berdiskusi bersama mengenai tips/informasi terkini yang berkaitan.

Tidak lupa juga jika anda ingin sertai kami di Facebook, hanya tekan di sini.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.