Apabila seseorang itu telah memasuki alam pekerjaan…itu bermaksud mereka sedang menempuh satu lagi cabaran dan boleh dikatakan mereka telah menambahkan tanggungjawab dan komitmen yang baharu demi memenuhi kelangsungan hidup mereka.
Adakah kita boleh katakan bahawa untuk memasuki sesuatu syarikat baharu ini…diri seolah-olah memperjudikan masa hadapan dari segi mental mahupun fizikal? Jom ketahui perbincangan ini dengan lebih mendalam!
Okay…bila kita buat perbincangan mengenai pekerjaan, for now obviously kita akan compare pemilihan antara environment dengan gaji.
Adakah kita cenderung untuk consider to happy work environment?
Adakah kita cenderung untuk consider berkenaan dengan amount gaji tinggi?
Dua perkara ni kerap sekali menjadi perbandingan dan ada yang menjadikan ia satu perbincangan yang hangat dalam perbualan harian mereka…tiada pemilihan yang salah atau betul kerana setiap individu mempunyai reason yang tersendiri mengikut perspective, keupayaan dan kemahuan mereka sama ada mereka mahu memilih kepada environment yang best atau pun gaji yang lebih tinggi. Ianya satu pemilihan yang subjektif!
Environment dan gaji – kedua-dua ini boleh memberikan impak kepada kehidupan seseorang pekerja. Boleh jadi ia affect kepada kualiti hidup, kesihatan mental & fizikal, financial freedom, emosi dan juga pembangunan peribadi bagi seseorang dannnn sebenarnya, kelima-lima ini sebenarnya mempengaruhi antara satu sama lain.
Contohnya,
Jika kita berkerja di syarikat yang mempunyai toxic environment…kita akan selalu burn out & tiada support – emosi tergangu (kesihatan mental), kualiti hidup semakin menurun, akan sering sakit, rekod kedatangan di tempat kerja kurang baik dan akhirnya akan menganggu kepada pembangunan peribadi dan juga pengurusan kewangan.
Betul kan saya cakap, bila masuk je alam pekerjaan – ia sangat mencabar dan satu perjudiaan sebab kita tak boleh nak predict future pekerjaan kita yang bakal kita tempuhi. Setuju?
Ia mengingatkan saya dengan event seminggu yang lepas bersama rakan sekerja di LURV HQ.
Kami bersama-sama ke Strategic Planning (SP) 2024 yang dibuat di The Kabin, Kuala Selangor. Overall, sangat memuaskan Alhamdulillah!
Dari segi pengangkutan, tentatif, hospitaliti, makanan dan yang pasti main objective di sana pun kami dapat capai bersama-sama di dalam kebersamaan syarikat LURV.
Di sana, masing-masing memberikan kerjasama yang sangat baik. Masing-masing memainkan peranan yang tersendiri, memberikan pandangan dan idea based on expertise masing-masing dan jika terdapat beberapa perselisihan faham atau ketidakfahaman, kami akan bersama-sama duduk dan berbincang serta mendapatkan pandangan dari orang sekeliling juga.
Bagi saya, ini satu pendekatan yang baik dalam usaha menjadikan environment pekerjaan sentiasa seimbang, transparency dan juga tiada toksik. Kata kunci di sini – KEBERSAMAAN.
Bila ada kebersamaan ini, setiap daripada kami akan menjadikan komunikasi itu salah satu medium yang terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan juga menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku. Then, kita akan juga mudah untuk melontarkan pendapat masing-masing serta membuka segala teguran atau penambahbaikan daripada setiap orang.
Apabila happy work environment ini terbina, lebih mudah untuk kita menyuarakan pendapat, kita kurang untuk memendam apa yang kita rasa tentang sesuatu yang berlaku di office dsb. Ia sedikit sebanyak akan membantu dalam penjagaan kestabilan emosi, kesihatan mental dan fizikal – seterusnya kualiti hidup akan sentiasa dapat di seimbangkan.
Macam-macam kami dapat during SP 2024! Alhamdulillah syukur sangat dikelilingi dengan rakan sekerja yang baik dan environment yang mendamaikan.
Baca di sini 5 KEY FACTORS TO SUCCESS IN BUSINESS 2024 , yang kami dapat during SP seminggu yang lepas.
So, back to early question above…bagi anda, kenapa orang sekarang memilih happy work environment berbanding gaji?
Boleh komen di ruangan komen.
Thank you!