Habit perlu dibuat secara konsisten

Bina 5 habit ini sekarang untuk kejayaan pada tahun 2024

Sebelum ambil tahu apa 5 habit yang saya maksudkan ni. Saya nak tanya, you guys memang ada target nak berjaya ke tahun 2024? You guys tak sabar nak ke tahun 2024 sebab macam-macam plan yang you guys dah buat. Betul?

Of course, kita semua akan rasa macam tu. Kalau boleh semua nak baru…semangat baru, azam baru dan target baru. Everything about ‘NEW’.

Syabas!

SYABAS! sebab you guys antara orang yang selangkah ke depan berbanding dengan orang yang belum buat any progress sebab mereka jenis suka bertangguh huhu.

Jadi, apa yang patut kita fokuskan? Apa habit yang patut kita bina dan buang dari sekarang? So that, kita boleh mulakan tahun baru nanti dengan preparation yang cukup baik beserta strategi yang betul dan berkesan. Haaaa apa?

If you guys wondering dan masih samar-samar dengan direction untuk bina habit yang lebih baik untuk tahun depan…YES, you’re in the right place!

Because today, saya nak share…

5 habit utama yang you guys boleh bina bermula hari ini sebelum menjelang tahun baru nanti.

#1 Physical habit

Physical habit yang sihat

Habit yang kita perlu bina secara fizikal. Kebiasaanya, ia melibatkan aktiviti dan tindakan yang perlu kita lakukan setiap hari.

So, apa antara habitnya?

1.1) Exercise

  • Bagus untuk kesihatan jantung, seimbangkan berat badan, tingkatkan mood ke arah yang lebih baik serta meningkatkan tenaga diri.
  • Contohnya: walking, gym, pound & yoga session

1.2) Diet

  • Pastikan diri you guys ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Contohnya: makan ikut sukatan piramid makanan atau mengikut konsep ‘suku-suku-separuh’

1.3) Hydration

  • Pastikan diri cukup minum air dalam masa sehari – well-hydrated
  • Boleh sediakan satu botol favourite khas untuk plain water dan bawalah ke mana-mana. Dengan cara ini boleh juga jadikan ia sebagai salah satu inisiatif!

1.4) Tidur yang berkualiti

  • Pastikan diri bina habit untuk dapatkan tidur yang cukup because ia bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran
  • Kalau susah juga nak tidur dengan berkualiti dan lena? Saya recommend to all of you dapatkan LURV wax melts dan pasang lah dekat bilik tidur masing-masing. Guarantee tidur lena after tu tau!
LURV bantu untuk anda miliki tidur yang berkualiti

*Klik di sini jika you guys berminat untuk cuba LURV wax melts bagi memiliki tidur yang lebih bermakna (hanya serendah RM12)

1.5) Stretching

  • Regangan mampu mengurangkan muscle injuries dan boleh meingkatkan tahap flexibility tubuh badan
  • Sambil stretching ambil masa juga untuk latih diri dengan teknik deep breathing – confirm rasa best tau~~~

#2 Spiritual Habit

Spiritual habit

Sometimes people terlepas pandang untuk jaga this part sebab mereka rasa ianya adalah sampingan. But, reality kehidupan…spiritual habit amat memainkan peranan untuk memastikan kejayaan diri dunia dan akhirat.

From development of spiritual habit, kita boleh nurture our inner self supaya diri sebagai hamba ini dekat dengan Pencipta, Allah.

So, what we can do in this part?

2.1) Jaga solat 5 waktu

  • Dengan solat fardhu 5 waktu ni, ini adalah antara waktu yang bermakna untuk kita luangkan masa sepenuhnya antara diri kita bersama Allah
  • Solat juga memainkan peranan untuk diri kita express apa yang kita syukuri dan apa yang kita rasa sepanjang hari

2.2) Gratitude journaling

  • Some people love to express their gratitude through writing. So, boleh juga create macam journaling
  • Not only that, dengan cara ni…diri kita akan lebih rasa untuk menghargai small little things in our life, Alhamdulillah

2.3) Berinteraksi dengan alam semulajadi

  • Since we know that, alam semulajadi (nature) ini adalah antara ciptaan Allah yang tiada siapa yang dapat tiru bulat-bulat. Setuju?
  • So, dengan cara kita berinteraksi dengan alam semulajadi by looking the beauty and unity of the natural world – mata dan hati kita sentiasa terbuka dalam melihat kebesaran Allah yang menciptakan alam semulajadi ini. Maka dengan itu, insya-Allah bertambahlah rasa keimanan. Aamiin

2.4) Silent reflection

  • Perasan tak bila makin dewasa…kita rasa kita perlukan masa untuk berseorangan. Betul? Why?
  • Sebab bila kita berseorangan…kita akan lebih mudah untuk rasa tenang, andd the moment diri tenang, kita bagi ruang kepada diri kita untuk buat refleksi diri sekejap
  • We can say that, during that time sebenarnya kita talk to Him, Allah. Subhanallah pasti rasa tenang. Kalau you guys belum cuba lagi habit ni, you guys better try sekali hehe

2.5) Hadiri majlis ilmu

  • Zaman sekarang dah banyak sangat majlis ilmu yang kita boleh sertai – Online/Offline
  • Boleh sertai majlis ilmu at least 1 minggu sekali. Dengan cara ini, kita boleh tambahkan ilmu, reset semula kehidupan dan if you guys join yang offline, secara tak langsung, boleh tambahkan good networking, insya-Allah

#3 Mental habit

Mental habit basically adalah salah satu pattern bagaimana kita berfikir setiap hari yang boleh mempengaruhi mindset dan juga kesejahteraan diri.

Basically, mental habit juga boleh main peranan terhadap tahap kualiti kehidupan secara keseluruhan. If tak pandai manage mental health – sedikit demi sedikit ia boleh menggangu kesihatan secara fizikal juga.

Mental Health Theraphy From LURV

Topik mental health ni saya ada share dekat sini, if you guys nak explore more, klik sini dan sini tau.

What can we do untuk pastikan kita ada mental habit yang baik?

3.1) Urus stress

  • Banyak faktor stress berlaku…tapi itu sebenarnya normal sebagai manusia. Just kita perlu belajar urus stress supaya kita dapat kawal supaya ia tidak sampai ke tahap yang lebih buruk from time to time sahaja
  • Contoh cara yang berkesan untuk urus stress: buat exercise, buat teknik deep breathing yang betul, take your time untuk respon dengan setiap masalah dan banyak lagi kaedah yang boleh kita praktikkan

3.2) Urus masa

  • Bila bijak dalam menguruskan masa sepanjang hari, stress akan kurang dan tahap produktiviti diri pun akan semakin meningkat
  • Contoh bijak uruskan masa: diri tak bertangguh, diri ada direction setiap hari dan each of tasks kita dah letakkan timeline yang relevant

3.3) Critical thinking

  • Untuk latih diri berfikir secara baik dan bijak – critical thinking skill is a must!
  • Skill ni melatih fikiran kita untuk lebih cekap dalam menganalisis sesuatu perkara especially bila kita perlu buat decision making atau problem solving

3.4) Goal setting

  • Fikiran kita memerlukan target yang jelas supaya ianya dapat di tafsirkan dengan betul dan teratur
  • So, pastikan sebelum masuk tahun baru, diri kita mempunyai target yang sangat jelas, one-by-one, spesifik supaya sepanjang tahun baru nanti kita lebih bermotivasi dalam setiap tindakan

3.5) Empati

  • Bila rasa empati ini menjadi salah satu habit yang ditekankan sebelum menjelang tahun depan, kita akan lebih mudah untuk berinteraksi bersama orang yang berada disekeliling diri kita
  • Empati ini bukan bermakna diri kita mudah untuk dipijak tetapi ia boleh membuatkan seseorang itu mempunyai aura yang tersendiri bagi orang lain mudah respect dan kagumi kerana dengan sifat empati ini, kita akan lebih mudah untuk memahami dan bertoleransi sesama kita.
  • Tapi, harus diingatkan juga bahawa zaman sekarang, kita kena letakkan rasa empati ini di situasi yang sebetulnya kerana ramai orang yang suka untuk mengambil kesempatan dikala rasa empati dalam diri kita ni ikhlas-seikhlasnya
  • Contoh empati dalam kehidupan harian: mendengar kawan yang sedang bersedih serta menemaninya sebab dalam LURV juga kita amat menitikberatkan tentang this part – Mental Health Sharing

“Remember you’re not alone” – LURV

Grab Mini LURV untuk nikmati 5 wangian LURV

#4 Emotional habit

Macam lebih kurang sama dengan mental habit…tapi part ni lain hehe.

Emotional habit basically datang purely dari hati dan di ekspresikan secara emosi.

Macam mana kita manage emotional habit ni?

4.1) Emotional awareness

  • Diri perlu recognize dan fahami apa yang dirasai dalam diri
  • Contoh, boleh tanya diri sendiri setiap hari – “Apa perasaan harini? Kenapa rasa macam ni?”

4.2) Emotional regulation

  • Maksud di sini kita ada kemampuan untuk mengawal respon dalam setiap emosi yang kita alami
  • Contoh, bila kita rasa marah – instead of kita terus marah, kita tenangkan diri dan ambil masa untuk memberi reaksi terhadap situasi yang berlaku

4.3) Memaafkan

  • Tak semua orang mampu buat rutin ini dalam kehidupan seharian. Tapi, jika kita mampu memaafkan seseorang dan melepaskan segala emosi yang negatif itu sebenarnya membuatkan diri kita antara orang yang sangat powerful
  • Hal ini kerana, selepas kita memaafkan orang lain dan melupakan segala perkara yang telah berlaku itu, kita seolah-olah menerima dan berdamai dengan takdir – seterusnya akan menjalani fasa hidup yang lebih indah iaitu fasa healing dan step out di fasa yang lebih baik

4.4) Self-compasion

  • Ini bermaksud diri berbuat baik dengan diri sendiri dan cuba untuk memahami emosi sendiri
  • Even diri kita buat kesilapan, tapi kita tetap memaafkan dan menerima segala yang telah berlaku. Bukan itu sahaja, kita terus bertekad untuk berubah kepada yang lebih baik
  • Cara ini boleh meningkatkan self-esteem diri sendiri

4.5) Set boundaries

Set boundaries with other people
  • Walaupun diri kita mempunyai komuniti, keluarga dan kawan-kawan, namun, kita tetap meletakkan satu gap antara mereka agar diri kita dapat fokus dengan perkara yang penting demi kesihatan diri secara mental dan fizikal
  • Kita tidak sewenang-wenangnya berkata ‘Ya’ kepada perkara yang tidak penting dalam kehidupan harian kita
  • Bila habit seperti ini ada, kita dapat meneruskan hidup dengan target yang kita telah tetapkan, insya-Allah

#5 Self-Learning Habit

Saya suka sangat this part!

Dalam self-learning habit ni kita dapat meningkatkan our personal growth and development. Kita boleh sertai aktiviti yang dapat meningkatkan diri kepada pengetahuan baru dan skill yang baru.

Apa habit yang kita boleh lakukan?

5.1) Baca buku

  • Zaman canggih harini mudah untuk kita miliki ilmu pengetahuan setiap hari. Baca buku tak semestinya perlu gunakan buku yang fizikal dan tak semestinya perlu ke kedai. Semuanya ada dihujung jari
  • For sure, spend a few minutes in a day untuk dapatkan satu perkara baharu pun dah cukup memadai bagi meningkatkan kemajuan diri

*Nak tambah fokus semasa membaca buku? Jom tekan di sini dapatkan LURV wax melts harini untuk meningkatkan fokus dan menambahkan suasana yang lebih tenang

LURV - Kiss Cactus

5.2) Sertai kelas online

  • Again, dah banyak sangat online class yang boleh kita sertai. Any kind of online class is applicable untuk point ini. Yang penting ianya satu perkara yang baik
  • Contoh: join kelas masak ke, kelas excel ke, kelas copywriting ke dan if nak kelas bisnes setiap bulan pun ada…macam contoh dalam LURV. Kami ada kelas khas tau special untuk reseller setiap bulan

5.3) Podcast

  • Ini pun best sebab sambil buat kerja lain pun boleh dengar podcast
  • Now, podcast dah ada macam-macam version, it’s up to you guys nak dengar yang mana mengikut passion masing-masing tau

5.4) Note-taking!

  • Bila dapat sesuatu yang baru atau berada dalam eureka moment je – saya ada tips for you guys…pleaseeee terus catat dalam handphone atau any notes yang you guys prefer
  • Documentation activity akan menyelamatkan you guys daripada you guys terlepas mempelajari sesuatu perkara yang baru. Take note tau habit ni, jangan cakap saya tak shareee!!!

5.5) Networking

  • Bila kita nak improve ourselves, JANGAN compete dengan orang yang hebat atau sama level dengan you guys…tapi, collaborate dan create networking lah dengan mereka
  • Impactful sangat bila kita buat networking ni sebab makin banyaklah insight yang kita boleh dapat from time to time

To sum up: 5 habit utama ini merangkumi physical, spiritual, mental, emotional & self-learning habits.

Semoga tahun 2024 kita dapat menjadi orang yang lebih baik dan semakin baik untuk kehidupan dunia akhirat. Aamiin.

Komen “YES” dekat bawah kalau you guys dah makin clear & ready untuk tahun 2024. Thank you!

[Visit our InstagramTikTok and Telegram channel TODAY!]