Setiap tahun ada saja isu kesihatan yang melibatkan dengan kesihatan mental. Untuk individu yang normal dan tiada sejarah sakit mental juga boleh mengalami masalah mental jika tiada habit yang sihat setiap hari.
Oleh itu, penting untuk anda mengetahui dan menjauhi segala habit yang boleh merosakkan atau menggangu kesihatan mental.
10 HABIT YANG BURUK UNTUK KESIHATAN MENTAL
- 24 jam nak senangkan hati semua orang
- Sentiasa fikirkan pendapat orang lain tentang diri sendiri
- Compare diri sendiri dengan kehidupan orang lain
- Toksik dekat diri sendiri dan sentiasa pendam perasaan sendiri
- Tak minta bantuan daripada orang lain apabila memerlukan
- Depend on orang lain untuk rasa lebih gembira
- Kurang berinteraksi dan bersosial dengan orang luar dan suka menyendiri sahaja
- Kurang dapatkan tidur yang mencukupi
- Malas bergerak dan suka terperap dengan dunia sendiri
- Berlebihan dalam penggunaan telefon dan sosial media
Jika selama ini anda pernah melakukan habit buruk yang boleh menganggu kesihatan mental, selepas ini anda boleh ubahnya kepada beberapa rutin yang lebih sihat.
10 HABIT BAIK UNTUK KESEJAHTERAAN MENTAL DAN DIRI
- Pandai meletakkan boundaries dan berkata ‘NO’ terhadap sesuatu perkara yang anda tak nak/tak mahu/bukan keutamaan diri anda
- Sentiasa menerima segala kritikan untuk penambahbaikan di masa akan datang tanpa rasa serba salah
- Tidak sesekali membandingkan fasa kehidupan diri sendiri dengan orang sekeliling. Always take small but consistent in whatever you do!
- Validate perasaan dan terima dengan hati terbuka tanpa memendamkan perasaan
- Reach someone yang anda rapat dan percaya untuk meluahkan perasaan
- Sentiasa mengutamakan diri sendiri dan menyayangi diri sendiri daripada orang lain dahulu
- Mengambil pemakanan yang seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan caffeine yang berlebihan
- Lakukan pergerakan tubuh/senaman fizikal yang lain
- Hindari tabiat buruk seperti merokok dan jika anda non-muslim, elakkan mengambil alkohol secara berlebihan
- Memastikan diri sentiasa mendapatkan tidur yang cukup agar kerja dapat diselesaikan dengan lebih berkualiti
Sebelum habit buruk sebati dalam kehidupan seharian, lebih baik ia diganti dengan rutin yang lebih sihat secara perlahan lahan agar kesihatan mental dan fizikal dapat dikawal dan diurus dengan baik setiap masa.
Faham je sekarang zaman dah moden…dan mudah sahaja untuk kita dapatkan rawatan dari doktor yang lebih pakar untuk menyelesaikan masalah kesihatan mental ini. Tapi, alangkah lebih baik jika diri anda sendiri mengambil langkah yang lebih awal untuk membendung dan mengawal ke arah kehidupan yang lebih tenang dan harmoni.
Nak lebih tenang? Boleh naikkan suasana ketenangan di dalam rumah anda dengan LURV, tekan di sini.
Baca lebih lanjut mengenai bagaimana wangian membantu dalam memberikan ketenangan, di sini.
Jika anda berminat untuk bersama dalam komuniti LURV kami, anda juga dialu-alukan untuk sertai kami di sini– Instagram, TiktTok & Telegram.
Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu dan tips tentang kesihatan mental #mentalawarenesssharing
Tidak lupa juga jika anda ingin sertai kami di Facebook, hanya tekan di sini.