Nak start berpuasa awal-awal tu memang susah sebab aktiviti berpuasa tu macam lari dari kebiasaan rutin harian diri anda.
Tapi, percayalah, bila dah 2-3 hari berpuasa, sistem penghadaman dah terbiasa, badan pun makin rasa ringan, fizikal rasa sihat. Confirm kesihatan mental pun mudah untuk dijaga.
Anda takkan mudah untuk cepat marah, moody dan sentiasa mudah untuk lebih positif daripada kebiasaannya.
Banyak kelebihan jika anda sering berpuasa, seperti berpuasa dalam teknik Intermittent Fasting (IF) atau melakukan puasa wajib di bulan Ramadan, iaitu:
- Membantu hati & ginjal maximumkan proses pembuangan racun dalam tubuh (detoksifikasi)
- Tubuh akan simpan glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan gula dalam badan dapat turun. Tekanan darah dalam badan pun turun
- Menurunkan keradangan dan alergi tubuh badan
- Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida, meningkatkan kadar kolesterol baik untuk kesihatan jantung
KELEBIHAN BERPUASA DARI SUDUT KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL:
1) Kurangkan stress
- Stress berlaku apabila seseorang tak mampu kawal emosi dan fikiran
- Berpuasa dapat praktikkan jadual makan yang teratur, bila pemakanan teratur, terkawal, seseorang akan miliki kemampuan untuk berfikir secara baik
- Hidup lebih produktif
2) Hati semakin tenang
- The Journal of Nutrition, Health & Aging, puasa seperti menggunakan teknik Intermittent Fasting (IF) membantu anda baiki kesihatan mental dengan cara ia kawal kemarahan dan gangguan mood lainnya
- Hubungan antara puasa Ramadan/IF dengan kesihatan mental adalah dilihat daripada pengurangan kalori intake. Semakin kurang calorie intake, semakin sihat sistem penghadaman dalam tubuh badan
3) Tingkatkan kualiti tidur
- Saat puasa, kita mudah cepat penat dan malam pun mudah tidur dengan lena dan berkualiti
- Dari tidur yang berkualiti ini, ia akan membantu mengurangkan stress sepanjang aktiviti harian
4) Baiki mood kepada lebih baik
- Dapat baiki mood kerana sewaktu berpuasa hormon yang berkaitan stress menurun
5) Menahan segala nafsu
- Berpuasa mampu membantu diri mengawal nafsu negatif yang boleh menganggu emosi dan mental seseorang
- Ia juga dapat meningkatkan tahap spiritual seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesihatan mental
6) Detoksifikasi
- Badan akan mudah untuk lakukan proses detoksifikasi dalam tubuh, dan meningkatkan lagi tahap kesihatan dalaman badan
—
Suka sharing yang macam ni?
[Ikuti bersama komuniti LURV yang mementingkan penjagaan kesihatan mental? Ikuti kami di sini Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram]