Lately ni banyak kita dengar isu berhenti kerja even baru sahaja kerja. Majoriti bukan sebab mereka tak mampu untuk buat kerja mereka dengan baik tapi mereka tak tahan untuk hadap environment dan orang yang berada di sekeliling mereka setiap hari.
Too many toxic people di toxic environment yang membuatkan mereka tak happy dan kerap sangat stress bila sampai di tempat kerja dan juga bila memikirkan tentang urusan kerja mereka.
Sebenarnya, bila kita refer basic things berkenaan dengan pekerjaan. Pekerjaan adalah salah satu perkara yang mulia dan boleh dijadikan sebagai ibadah di sisi Islam. Namun, faktor luar yang negatif ini kadangkala membuatkan kita sebagai pekerja itu tidak dapat melaksanakan ibadah ini dengan baik dan efektif.
Daripada Surah An-Naba’, ayat 11 yang bermaksud:
“dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan” dan sebagai tafsiran ia bermaksud Allah menjadikan siang untuk berusaha dan mencari rezeki yang diperlukan dalam kehidupan dan untuk hidup bermasyarakat.
So, kita sebagai manusia yang bekerja dan bergelar pekerja haruslah mencari cara bagaimana nak sentiasa happy dan bebas stress di tempat kerja selain melihat kepada negatif sides di tempat kerja kita.
Then, back to the main headlines for this post, let me share with you guys 7 tips tersebut…
1. Start with yourself first.
“Start with yourself, for in understanding and improving your own being, you pave the way for positive change in the world around you.”
Satu perkara utama yang kita kena buat adalah kita sendiri yang kena create suasana happy tu dahulu dekat office.
Sampai office kita bertegur sapa ucapkan salam, wish morning, lemparkan senyuman dan sebarkan positif vibes tu kepada semua rakan-rakan di tempat kerja. Kalau kawan-kawan sekerja kita dapat something yang membanggakan, congrats them atas hasil usaha mereka selama ini. Harini hari kejayaan mereka, mana tahu esok esok insya-Allah hari kejayaan kita pula. Aamiin.
Saya faham kalau masih ada lagi yang tak suka diri kita for no reasons yang munasabah, but abaikan sahaja mereka. As long as kita dah buat tugasan kita dengan baik dan kita dah cuba jadi version yang terbaik untuk berhemah dengan orang lain. It’s okay. Maksudnya bukan kita yang bermasalah, tapi mereka yang bermasalah.
Nasihat saya, kalau masih ada lagi kelompok manusia yang sebegini rupa, just ignore dan avoid negativiti mereka terkena dekat diri kita. Untuk hal kerja, kita tak boleh nak elak, tapi untuk hal-hal selain kerja, better kurangkan bergaul dan bergosip dengan mereka untuk elak sakit hati atau terasa hati makin menebal.
2. Fokus dengan apa yang boleh dikawal.
Dalam hidup ini, kita tak boleh kawal orang lain, tak boleh kawal cara percakapan, perbuatan, dan fikiran orang lain. Jadi, apa yang kita boleh kawal adalah…
DIRI KITA, dari segi percakapan, perbuatan dan fikiran kita itu semua boleh dikawal. Jadi, bila fokus kawal dengan cara yang terbaik terhadap diri sendiri pun boleh membuatkan diri sentiasa happy dan bebas stress di office.
Sampai office kita tulis setkan apa yang patut kita siapkan by today. Senaraikan kesemua task tersebut dan fokus. Abaikan segala negativiti atau unsur unsur toxic yang membuatkan urusan kerja kita terganggu kerana itu juga boleh menyebabkan task kita lambat siap, kerja semakin banyak dan kita tend to feel stress disebabkan diri tidak pandai menguruskan diri untuk fokus mana satu yang perlu dan yang tidak perlu.
3. Create boundaries.
Dalam etika pekerjaan, sebagai pekerja kita harus menghormati antara satu sama lain, hormat majikan, ketua dan rakan rakan yang lain. Tetapi, kita harus ingat, kita tak perlu percaya bulat-bulat dengan apa yang mereka katakan, bukan kita tak percaya, tapi kita berjaga-jaga sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.
Set boundaries dalam diri bersama rakan-rakan. Ada certain perkara boleh cerita, boleh share tetapi harus ingat tak semua perkara kita perlu cerita untuk menunjukkan kita lah betul, atau untuk mendapat simpati.
Dalam urusan pekerjaan pun, kita perlu melihat kemampuan diri. Jangan sanggup membuat semua pekerjaan kerana mengharapkan orang lain kagum dengan keupayaan diri. Perkara sebegitu tak sepatutnya berada dalam mindset seorang pekerja kerana lama kelamaan, diri sendiri akan rasa penat dan terbeban dan lama kelamaan, kita akan rasa burn-out dan kurang happy apabila berada di office.
4. Kenalpasti karakter kawan-kawan.
Macam mana nak kenalpasti karakter kawan-kawan?
Dekat sini leader perlu mainkan peranan, kenapa saya cakap begitu? Leader yang baik dan betul-betul nak bantu kita develop skills dalam diri kita akan cuba sehabis baik untuk memahami karakter setiap anak-anak team.
Jadi, mungkin dalam point ini boleh buat beberapa aktiviti seperti colour test personality, DOPE test dan macam-macam lagi test untuk kita kenal lebih dekat karakter kawan-kawan sekerja.
Bila dah lebih kenal, lagi mudahlah untuk kita meminta bantuan kepada mereka dan juga memahami segala gerak-geri mereka di tempat kerja. Tak adalah kita mudah untuk judge diri mereka dan tak adalah mereka mudah untuk judge diri kita, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan which is itulah yang membolehkan setiap dari satu itu melengkapi each other. Insya-Allah.
Dalam skop ni pun, kita boleh raikan different opinion. Then, barulah kita brainstorming sama-sama dalam memutuskan kata yang utama untuk sesuatu discussion di tempat kerja.
5. Reward diri sendiri.
Point pertama dan kelima ni konsepnya sama, DIRI SENDIRI.
Reward diri sendiri ni tak perlu mahal-mahal dan tak memerlukan modal yang besar pun.
Contohnya, setelah seharian struggle siap task dan bekerja, balik tu singgah taman, stop kejap dan enjoy the vibes. Makan ais krim dalam kereta sorang-sorang ataupun balik tu, stop fikir pasal kerja dan spend masa puas-puas bersama isteri dan anak-anak di rumah.
Bila weekend je, boleh terus keluar jalan-jalan pagi di taman, berpicnic di pantai dan macam-macam sebenarnya aktiviti yang kita boleh lakukan sebagai reward diri sendiri.
Cara ni sebenarnya sangatlah berkesan untuk kekalkan rasa happy dan kurangkan rasa stress di tempat kerja sebab secara tak langsung kita akan lebih bersemangat. Bila bersemangat, kita pun akan mudah produktif untuk lakukan kerja.
You guys macam mana? Selalunya apa cara yang you guys buat kalau nak stay happy dan bersemangat dekat tempat kerja? Cuba komen kalau you guys ada tips yang lebih best dan menarik untuk dicuba hehe.
Semoga bermanfaat. Thank you!