Mental breakdown

5 Tanda Kesihatan Mental Anda Semakin Teruk, Umur 20 Tahun Wajib Ambil Tahu!

Bila umur dah mencecah dalam linkungan 20 tahun ke atas, anda akan mula banyak ter-expose dengan perkara yang berbeza dengan sewaktu anda di usia remaja peringkat persekolahan rendah dan menengah.

Lebih-lebih lagi apabila anda telah tamat pembelajaran sepenuhnya dan merancang untuk mencari peluang pekerjaan untuk membina career. Sememangnya anda akan lebih expose dengan bermacam-macam perkara antaranya, komitmen semakin banyak, tanggungjawab semakin banyak, keperluan semakin bertambah dan of course pasti juga kehendak anda juga akan semakin bertambah.

Perkara yang perlu dilihat dan dipelajari oleh anak muda

Dengan semua aspek ini, jika anda tak pandai untuk uruskan emosi diri sendiri, anda mungkin akan merasakan semua ini satu bebanan yang boleh menyebabkan kesihatan mental anda terganggu. Itu belum lagi kalau faktor luaran yang memaksa.

Contohnya seperti, family sentiasa pressure anda tentang kerjaya, kawan-kawan semakin berjaya dengan career masing-masing dan keinginan diri sudah mula semakin banyak tapi tak mampu lagi nak penuhi sepenuhnya.

Semua itu antara faktor-faktor luar yang boleh menggangu kestabilan emosi anda atau mungkin tanda-tanda itu sebenarnya telah ada pada diri anda sekarang, namun anda tak perasan kerana sibuk dengan mengejarkan semua perkara yang anda perlu lakukan.

TANDA-TANDA KESIHATAN MENTAL ANDA TELAH TERGANGGU/SEMAKIN TERUK:

Kesihatan mental adalah salah satu perkara yang wajib diambil serius
  1. Corak tidur anda tidak menentu dan sering terganggu
  2. Anda mudah cepat marah. Semua benda anda rasa tak kena dan emosi anda sangat susah untuk dikawal dan distabilkan
  3. Sering rasa penat dan tak larat untuk melakukan apa-apa pekerjaan walaupun sebenarnya anda tak ada buat banyak urusan pun dalam satu masa
  4. Anda tak happy walaupun anda buat aktiviti yang anda suka sebelum ni
  5. Berat badan anda semakin bertambah. Sometimes anda rasa selera makan tinggu, dan ada masa anda rasa selera makan anda berkurangan.

Dan lebih parah lagi, jika anda ada 2 simptom ini,

Jangan ambil jalan singkat terhadap kesihatan mental anda
  • Pernah rasa ada yang berbisik di fikiran
  • Pernah rasa mahu untuk membunuh diri sendiri

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KESIHATAN MENTAL DARIPADA SEMAKIN TERUK:

  • Lakukan aktiviti luar bersama orang yang anda rapat dan senangi. Anda boleh nikmati nature dan lakukan aktiviti grounding
Teknik grounding untuk tenangkan diri
  • Nikmati suasana yang tenang, fresh dan minimalist
  • Jika lebih teruk atau tidak dapat kawal, jumpa doktor yang lebih pakar dan professional untuk lakukan ‘mental screening’ yang lebih betul
Dapatkan nasihat daripada pakar untuk masalah mental anda

Masalah kesihatan mental sebenarnya menunjukkan peningkatan yang tinggi bukan sahaja dalam kalangan orang yang sudah berusia, tetapi golongan muda linkungan 20-an juga kerap kali mengalami isu ini pada akhir-akhir ini.

Jadi, untuk mengawal daripada kesihatan mental ini menjadi lebih teruk, seharusnya anda perlu membuat langkah yang lebih awal untuk membendungnya.

If anda mahukan menikmati suasana yang tenang dan lebih rilex, wangian boleh menjadi salah satu alternatif pada zaman sekarang, tekan di sini untuk dapatkan harini.

Naikkan aroma ketenangan dengan lilin wangi LURV

Jika anda berminat, anda juga dialu-alukan untuk sertai komuniti LURV kami – InstagramTiktTok & Telegram.

Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu tentang kesihatan mental serta kita boleh berdiskusi bersama mengenai tips/informasi terkini yang berkaitan.

Tidak lupa juga jika anda ingin sertai kami di Facebook, hanya tekan di sini.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.