Zaman sekarang memang mencabar, especially untuk generasi anak muda yang sekarang dah terdedah dengan dunia tanpa sempadan.
Tanpa pegangan agama yang kuat,
Tanpa disiplin yang betul,
Tanpa ilmu didada yang cukup…
Amatlah mengerikan sebab anak muda mudah je akan terlalai dan terikut-ikut dengan trend zaman sekarang. Kalau terikut dengan perkara yang baik, okay lagi. Tapi, kalau terikut dengan trend yang boleh merosakkan diri, merosakkan keluarga dan komuniti sejagat. Tak ke sedih macam tu?
Itulah pentingnya ilmu. Jadi, tujuan hari ini, saya nak share 5 pesanan yang anak muda boleh jadikan ianya sebagai salah satu guidelines sepanjang menempuh ke alam dewasa ini.
1. Improve diri.
Improve diri ni boleh dilihat dari sudut pandangan yang meluas. Improve dari segi fizikal (pemakaian, pertuturan, tingkah laku), mental (positif-minded, open-minded) dan rohani/jiwa (akhlak, ilmu agama, hubungan dengan Allah).
Banyak kan?
Selain kita rasa kita nak enjoy dengan apa yang kita nak, tapi always ingat satu concept iaitu balancing. Dalam improve diri menjadi versi yang lebih baik pun kita perlu letak konsep balancing ni supaya kita as a anak muda tak terlampau stress dengan sekatan yang mengikut syarak dan juga tak terlampau berlebihan.
2. Be unique!
Rentetan dari point pertama iaitu improve diri menjadi versi yang lebih baik. Secara tak langsung, kita boleh jadi unik! Kita sebagai anak muda WAJIB ada wawasan, goals, dreams dalam diri sendiri.
Wajib set dalam minda dan diri kita patut berjaya dan bermanfaat dekat orang lain agar walaupun kita tak berharta dengan duit tapi kita berharta dengan cara yang lain (iaitu, sebarkan ilmu, sebarkan tenaga muda, sebarkan good vibes dsb.)
When kita dah set yang kita perlu be someone yang unique, insya-Allah diri kita akan bertindak ke arah itu. And please, sebagai anak muda, untuk kita jadi someone yang unik, kita tak perlu pun menjatuhkan someone yang lain atau membandingkan diri kita dengan yang lain.
Kena ada semangat lifting up each other!
3. Bermanfaat kepada komuniti.
Kalau perasan saya ada sebut “bermanfaat dekat orang lain” dalam point atas. Perasan?
To elaborate more…dalam dunia ni sebenarnya bukan semua anak muda berpeluang dapat pendidikan/ilmu/pengalaman macam kita dapat sekarang. Kalau nak tahu, ramaiiii lagi anak muda yang tak mampu nak bersekolah sejak kecil lagi, anak muda yang masih buta huruf, anak muda yang cetek ilmu agama. Kesian kan?
Bukan mereka minta jadi sebegitu rupa, tapi itulah takdir dan salah satu ujian yang mereka alami dekat dunia ni. Jadi, tanggungjawab siapa yang akan bantu mereka? Kita.
Kita wajib bantu mereka dengan ilmu yang kita ada. Kita bukan amalkan seorang diri, tapi kita sampaikan lagi dekat orang lain…itu lebih bermakna, jika nak dibandingkan ilmu tu kita amalkan sorang-sorang.
4. Ubah cara berfikir.
Anak muda, start from now on, perbanyakkanlah membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah bukan buku akademik semata-mata, boleh jadi bahan ilmiah yang lain, contoh macam buku motivasi, buku strategi berbisnes dll.
Dari pembacaan yang banyak, terkumpullah ilmu yang banyak dan sekali gus bertambah cara berfikir yang lebih profesional dan matang.
Mungkin dulu zaman sekolah, cara berfikir kita skopnya kecil, hanya tengok skop pembelajaran akademik dan nak skor exam. Tapi, untuk sekarang dah tak boleh berfikir macam tu…kena ubah pemikiran yang lebih tinggi dan ke hadapan.
Kalau dulu tak ada letak goals untuk 5-10 tahun akan datang, right now dah boleh set kan dengan serius dan achievable.
Insya-Allah bila goals diri sendiri dah jelas, slowly badan dan cara kita berfikir dan bertindak juga akan betul.
5. Sayang akan diri sendiri.
Jangan tunggu orang lain validate diri kita as someone yang hebat, bagus dan pujian yang baik yang lain.
Daripada tunggu orang yang validate untuk diri kita, sebagai anak muda yang sangat matang dan berkarisma, why not kita sayang diri kita sendiri. Pujilah diri kita bahawa kita hebat, kita mampu buat dan kita boleh go through all the hurdles in our life.
Self-care tu penting agar kesihatan mental, fizikal dan rohani kita balance.
Itu sahaja perkongsian saya pada posting kali ini. Semoga 5 pesanan ini bermanfaat untuk kita semua gunakan sebagai guidelines, panduan dan reminder. Insya-Allah.
Anda rasa apalagi pesanan yang boleh berikan kepada generasi anak muda? Jangan lupa tinggalkan komen dekat bawah tau. Thank you!