Apakah 4 hormon kebahagiaan?

4 Hormon Kebahagiaan yang Membantu Menstabilkan Kesihatan Mental

Dalam badan anda, terdapat 4 jenis hormon kebahagiaan yang membantu dalam menstabilkan emosi setiap hari.

Tapi sebelum tu, apa itu hormon dan macam mana ia berkait dengan kesihatan mental dalam badan anda?

Hormon adalah satu bentuk kimia yang dibuat oleh sel-sel khusus kelenjar endokrin untuk memengaruhi berbagai sistem dan proses yang terjadi di dalam tubuh. Ia akan dilepaskan ke aliran darah untuk menghantar mesej melalui darah ke organ dalam tubuh manusia.

Hormon akan menghantar mesej ke otak untuk arahkan organ yang terlibat bertindak

Fungsi tubuh manusia sangat bergantung pada kerja kelenjar endokrin. Perubahan sedikit saja pada bentuk kimia ini boleh menimbulkan masalah kesihatan tertentu.

Oleh karena itu, penting bagi anda untuk menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh.

Fungsi hormon dalam badan banyak cabang tapi untuk perkongsian hari ini saya nak share tentang hormon yang mengawal kawalan mood kebahagiaan dalam diri.

4 jenis hormon kebahagiaan beserta fungsinya:

4 hormon kebahagiaan
  1. Serotonin
    • Dikenali sebagai mood stabilizer
    • Hormon dan neurotransmitter ini membantu mengawal mood anda serta tidur, selera makan, pencernaan, keupayaan belajar, dan ingatan anda.
    • Imbalance in this hormone, boleh menyebabkan anda mudah rasa sedih, tiada selera makan dan rasa putus asa
  2. Dopamin
    • Dikenali sebagai hormon “feel good” atau “reward chemical”,
    • Ia berkait dengan kesenangan, ganjaran, motivasi dan rasa yang menggembirakan, bersama-sama dengan pembelajaran, ingatan, dan banyak lagi.
    • Imbalance in this hormone, boleh menyebabkan anda kurang motivasi dan lead to depression
  3. Oksitosin (Oxytocine)
    • Dipanggil “hormon cinta”
    • Penting untuk melahirkan anak, menyusu, dan ikatan ibu bapa-anak yang kuat.
    • Ia juga boleh membantu menggalakkan kepercayaan, empati, dan ikatan dalam hubungan.
    • Imbalance in this hormone, boleh menyebabkan diri anda rasa ingin menyendiri, susah untuk bersosial dan boleh ke arah simptom untuk anxiety dan depresi
  4. Endorfin (Endorphine)
    • Bertindak sebagai penawar semulajadi sakit (natural painkillers) dihasilkan oleh badan.
    • Ia juga boleh meningkat apabila anda terlibat dalam aktiviti menghasilkan ganjaran seperti makan, bersenam, atau melakukan hubungan seks.
    • Ia membantu dalam memberikan ketenangan semasa stress
    • Imbalance in this hormone, boleh meningkatkan stress level dan membuatkan mood rasa negatif

Kedua-dua ini, hormon dan kesihatan mental sangat berkait rapat. Kiranya, jika hormon berada dalam keadaan yang stabil dan baik – kesihatan mental juga akan baik kerana emosi pada waktu itu stabil.

Tapi, jika sebaliknya ia akan mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan fizikal dan mental.

10 tanda hormon dalam badan anda tidak stabil:

Kesihatan mental diri terganggu
  • Masalah period tidak teratur
  • Cepat rasa penat
  • Masalah jerawat di muka/badan yang teruk
  • Mood cepat naik dan turun
  • Perubahan kepada selera makan & pertambahan berat badan
  • Sakit kepala
  • Susah tidur di waktu malam
  • Kurangnya rasa ingin berseksual antara suami dan isteri
  • Sukar untuk mengandung
  • Rambut kerap gugur

6 idea aktiviti untuk tingkatkan mood kebahagiaan:

#1 Brisk walking/Get outside

  • Meluangkan masa di luar sambil mendapatkan cahaya matahri boleh meningkatkan hormon serotonin

#2 Melakukan senaman/pound/gym/work out

  • Cara ini dapat menggalakan level of endorfin, dopamine dan serotonin meningkat

#3 Ketawa bersama kawan-kawan

  • Luangkan masa bersama kawan-kawan, saudara mara or even family boleh membantu stress kita berkurangan
  • Ia juga dapat meningkatkan dopamin dan endorfin
  • Hormon oksitosin pun boleh trigger kerana ia melibatkan aktivit yang boleh mengeratkan lagi rasa persahabatan/ukhwah

#4 Masak bersama pasangan di dapur

  • Selain dapat meningkatkan level of dopamin dan endorfin kerana anda dapat menikmati rasa seronok makanan tu
  • Berkongsi momen yang indah bersama pasangan juga dapat meningkatkan hormon oksitosin

#5 Get a massage

Urutan antara alternatif untuk rasa lebih tenang dan rilex
  • Anda jenis suka ber me-time di spa? tempat urutan?
  • Aktiviti ini secara tak langsung boleh tingkatkan keempat-empat hormon kebahagiaan
  • Extra on oksitosin hormon jika yang mengurut anda adalah pasangan anda sendiri

#6 Nikmati wangian yang tenang

wangian lilin wangi LURV
  • Dengan wangian juga dapat meningkatkan rasa ketenangan dan bantu dalam menstabilkan mood, baca di sini untuk ketahui lebih lanjut.
  • Secara tak langsung dapat meningkatkan mood serotonin dan dopamin
  • Wangian seperti lilin wangi sangat digalakkan untuk dipasang selepas penat bekerja, inginkan suasana yang rilex dan selesa di rumah.
  • Ada yang suka akan wangian aesthetic seperti ini? Boleh beli di sini.

Jika anda berminat untuk bersama dalam komuniti LURV kami, anda juga dialu-alukan untuk sertai kami di sini– InstagramTiktTok & Telegram.

Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu dan tips tentang kesihatan mental #mentalawarenesssharing

Tidak lupa juga jika anda ingin sertai kami di Facebook, hanya tekan di sini.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.