Islam tidak menolak kewujudan aspek psikologi manusia termasuk dengan kesihatan yang melibatkan aspek mental. Malah, Islam amat dititik beratkan bagi membantu dalam menenangkan diri dan mengurangkan stress seseorang.
Oleh itu, selain healing/self-healing/penyembuhan diri yang sering dilakukan secara fizikal seperti bersosial bersama keluarga, hiking dsb, Islam juga menggalakkan seseorang itu menyembuhkan mental melalui aspek rohani.
3 amalan penting untuk rawat masalah mental:
1) Solat
Melalui solat, seseorang boleh memohon keampunan daripada Allah serta memohon kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Solat mempunyai khasiat penyembuhan yang sangat mujarab.
2) Bacaan Al-Quran
Melalui bacaan Al-Quran, seseorang itu boleh mendapat petunjuk dan ketenangan daripada ayat-ayat Al-Quran.
3) Zikir dan istighfar
Zikir adalah salah satu perbuatan untuk mengingati Allah melalui pengulangan frasa nama. Dan, istighfar pula adalah perbuatan memohon ampun kepada Allah atas dosa selama ini.
2 aktiviti ini dapat menenangkan fikiran, mengeratkan hubungan seseorang dengan Allah serta membantu melegakan perasaan bersalah dan kebimbangan.
Justeru, terdapat banyak kebaikan jika mengamalkan ibadat yang disarankan dalam Islam secara betul dan konsisten. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi cara melalui rohani untuk penyembuhan diri, seperti berdoa, tahajud, sedekah dan berpuasa. Melalui ibadat seperti ini, ia boleh menjadi sebagai pengubat jiwa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan mendapat petunjuk.