Sebenarnya, dalam rumah tangga, isteri akan bahagia apabila suaranya didengari, dilayan dengan penuh rasa hormat dan penuh rasa keterbukaan serta dihargai. Iya, semestinya jika cukup harta benda, tempat tinggal, kenderaan, stabil kewangan juga merupakan salah satu kunci untuk rasa tenang dalam rumah tangga untuk zaman sekarang.

Namun, untuk wujudnya rasa cukup semua bahagian itu di dalam sesebuah rumah tangga, ianya harus dimulakan dengan langkah pertama iaitu memupuk rasa menghormati, respect each other dan menghargai. Barulah sifat bertoleransi dan rela bersusah payah bersama wujud antara suami isteri.
APA ITU MENTAL BREAKDOWN?
Semua orang boleh mengalami situasi mental breakdown dalam sesetengah situasi termasuklah isteri yang hanya berada di rumah.
Mental breakdown seorang isteri di rumah boleh terjadi apabila mereka rasa stress yang melampau sehinggakan mereka tidak dapat berfikir secara normal. Keadaan seorang isteri apabila berada dalam fasa mental breakdown di rumah sangat berbahaya jika mereka juga perlu menguruskan anak-anak kecil mereka.
Ia kerana, apabila di suatu keadaan isteri tak dapat nak kawal emosi, dikhuatiri mereka bertindak melukakan anak-anak mereka tanpa mereka sedara sewaktu itu kerana kurangnya kestabilan emosi dan kewarasan diri.
10 TANDA ISTERI ANDA SEDANG MENGALAMI MENTAL BREAKDOWN

- Isteri kerap tidur sepanjang masa atau tidak tidur langsung
- Isteri selalu complain penat dan letih sangat setiap hari
- Daripada seorang yang banyak cakap, isteri menjadi seorang yang diam seribu bahasa
- Nafsu makan menaik dan badan naik mendadak atau sebaliknya, tiada selera makan dan berat badan menurun kerana gangguan hormon dalam badan
- Isteri selalu rasa penat, tak bersemangat dan lesu yang melampau
- Isteri tiba-tiba marah anak tanpa sebab atau sebab kecil
- Isteri kerap menangis tiba-tiba dan suka sangat duduk dalam bilik
- Kelihatan pengurusan diri isteri sudah dah tak terurus seperti dulu lagi
- Isteri tak hiraukan dah rumah bersepah, pinggan berlonggok, baju tak basuh dsb. di rumah berbeza sebelum ni
- Isteri mudah rasa sesak nafas secara tiba-tiba, susah nak fokus dan mudah sakit kepala yang teramat sangat
Para suami, adakah isteri anda di rumah mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Anda wajib alert sebelum isteri melarat kepada kesihatan yang lebih teruk. Tak perlu ambil masa yang banyak, luangkan sehari/beberapa jam fokus hanya memberikan perhatian kepada mereka sahaja dulu.
KENAPA ISTERI BOLEH KE TAHAP MENTAL BREAKDOWN WALAUPUN DUDUK DI RUMAH SAHAJA?
Menurut Dato’ Dr. Haji Fazilah Kamsah, ada 6 sebab isteri tawar hati yang ramai suami terlepas pandang dan menyebabkan mereka melarat kepada mental breakdown. Iaitu:

- Suami tidak aktif nak berborak, isteri rasa terabai dan tak dihargai dengan segala usaha dan penat lelah mereka di dalam rumah setiap hari
- Hal rumah diserahkan bulat-bulat kepada isteri. Jadi, mereka rasa perjuangan mereka di dalam rumah hanya seorang diri
- Suami tak pandai dan tak nak belajar untuk menghargai isteri. Sesekali tu bagilah isteri hadiah, tak perlu mahal cukup sekadar isteri rasa ‘suprise’ dan gembira
- Suami mendengar tapi dengar sekadar sambil lewa sahaja. Apabila isteri mengadu masalah dalam rumah, suami rasa isteri ni mengada-ngada
- Suami dah tak tunjuk rasa minat dalam hubungan batin, sampai isteri rasa dah tak penting suami tu
- Suami tak pandai dan tak nak belajar uruskan kewangan, sehinggakan kesannya kepada isteri dan anak-anak
Para suami, walaupun ego anda tinggi namun berubahlah hari ini sebelum terlewat, anda adalah pemimpin keluarga. Ukuran kejayaan sebuah rumah tangga 70% bergantung kepada anda, wahai suami sekalian. Berusahalah untuk perbaiki diri dan mengajak isteri anda perbaiki diri bersama-sama demi menikmati keluarga yang bahagia bersama.
NAK TAK TIPS EXTRA UNTUK TAMBAT HATI ISTERI ANDA DI RUMAH?
Sebenarnya, ada cara yang anda boleh buat supaya isteri anda gembira, kurang stress, boleh dapat berfikir secara normal semula tau…
5 CARA SEDERHANA UNTUK BAHAGIAKAN ISTERI ANDA

- Fokus beri sepenuh perhatian anda kepada mereka sewaktu mereka bercerita dan jaga tutur kata sewaktu bercakap bersama isteri anda
- Memberikan sepenuh kasih sayang yang penuh ikhlas dan perhatian (Contohnya: peluk, cium dan pegang tangan mereka)
- Utamakan keperluan isteri seperti bantuan fizikal dalam kerja-kerja rumah, moral support, kewangan dsb. semampu yang anda boleh
- Tunjukkan keberadaan isteri anda di depan public seperti di hadapan family, saudara-mara, dan rakan-rakan
- Panggil isteri anda dengan ikhlas dan lemah lembut agar mereka rasa special dan dekat dengan anda
Nanti dekat rumah, cuba anda praktikkan tips ini dan lihatlah perubahan yang ketara terhadap reaksi dan mood isteri anda sendiri. Confirm senyum dan happy je mereka tau!
NAK EXTRA TIPS LAGI KE?

Tekan je di sini dan belikan satu untuk mereka di rumah. Ini adalah antara investment paling berbaloi yang anda boleh buat untuk suprisekan mereka di rumah. Lilin wangi LURV – Harumannya berganda wangi lagi menenangkan.
Jangan lah berkira, mesti dah lama kan tak suprisekan isteri tu. Hehe.
Jika anda berminat untuk bersama dalam komuniti LURV kami, anda juga dialu-alukan untuk sertai kami di sini– Instagram, TiktTok & Telegram.
Komuniti di mana, kami akan berkongsi ilmu dan tips tentang kesihatan mental #mentalawarenesssharing
Tidak lupa juga jika anda ingin sertai kami di Facebook, hanya tekan di sini.
Semoga bermanfaat dan terima kasih.